Tempat Lahir : HUKM, Cheras KL
Berat lahir : 3.54kg
Tarikh Lahir: 28 Januari 2007
Waktu lahir : 11.40pagi
Sewaktu melahirkan anak kedua ini.....proses kelahirannya sungguh mudah..... aku mengalami sakit bersalin pada pukul 5 pagi...hanya sakit perut memulas.....
tetapi setiap minit menjadi kontraksinya menjadi lebih kuat lagi......
Pukul 10.00 pagi aku mengambil keputusan untuk ke Hospital kerana aku tak tahan menanggung sakit yang makin lama makin kuat dan kerap.............
Sebelum aku ke Hospital, sempat lagi aku menghantar anak sulung ku Muhammad Danial ke rumah nenek nya di Pandan Indah.
Sampai saja di O&G HUKM...aku disuruh baring untuk melihat berapa bukaan........
Ya Allah.....rupa-rupanya dah terbuka 8cm..... apa lagi, aku terus disorong ke Wad Bersalin......
Selepas Bidan memecahkan air ketuban, aku terasa seperti ingin meneran.......dengan beberapa kali teran, aku selamat melahirkan anak ku Muhammad Iskandar dengan berat badan nya 3.54kg......
Alhamdulilah.....kali ini aku berjaya melahirkan anakku secara normal...tidak seperti yg sebelumnya iaitu secara pembedahan.....
Di sini aku abadikan gambar anak ku semasa di HUKM ....masa ini umurnya baru 1 hari.......